Now what?

Cerita konfem banyak lah kan, and I'm in the mood to blog YAAAS.

Alkisah.....

Minggu 1
Payah! Merana! Derita! Seminggu tu rasa macam lambat gila masa berjalan. Nasib ada geng dari Kajang, paling syok baru je kenal dah 'ngam' macam kenal dari tadika. 10 orang pulak tu, memang gelak kitorang je dengar kat surau. Then, bila each time lepas solat, konfem salah sorang ngalir airmata. Homesick teruk lah kan..

Time makan lagi ah drama, mesti emo habis sebab teringat masakan mak.

Ada sorang ni, first aku tegur kat meja. Awkward sangaaat, tanya-tanya soalan sopan gila. Ended up jadi kawan rapat sampai kem habis. Ye aku cakap pasal kau Farhah a.k.a Paah.

Muka tak rela 


Pembinaan Pasukan

Aku di'campak' ke kompeni Bravo. Syokor tak salah campak sebab semua orangnya friendly, mulut pokpek dan banyak idea sampai boleh bawak debat antarabangsa (ni betul) Geng dari Kajang semua terpisah lagipun dorm tak sama.






Minggu 2 & 3
Sorakan

Setiap kompeni ada cheers sendiri, bingit jugak tapi bila dah kat rumah ni rindu pulak dengar orang jerit. Sampai takda suara haaa.

Kisah Ponti & Nenek Kebayan

Minggu ni jugak lah start dengan cerita mistik setiap dorm. Biasa lah kan, salam perkenalan... Paling syok malam-malam ada yang dodoikan fuilamak.

Semua org ada cerita sendiri. As for me, ada satu malam tak tidur dengan Sukma sebab....... Faham-faham la. Then keluar dari pagar dorm, tetiba ular jatuh depan aku. DEPAN beb. Alhamdulillah takda lagi kes rasuk/histeria.

Kelas Character Building

For certain people, kelas ni lah tempat perkenalan, mata bertentang mata *cough* candy crush. After all, I survived in the class.HAHA. Cuma usha-usha ke tertidur ke, tu biasa la.... :P

Minggu 4
Pengenalan kawad kaki

Nasib ah ada basic, masa darjah 6. Tu pun tak kena terima masuk kawad PPIM. Lawaak. Cikgu tegas bagus jugak, sharp je movement. Cantik!

Minggu 5
Pertandingan Sastera

Kebenda tah. Time ni lah nak berpuitis cewah.

Pilihanraya Kem Sentosa

NI BEST GILA. Ada jadi YB, polis, kakitangan whatevcr. Lagi-lagi pemberontak yang kasi happening haha. Then orang buta, gila, pregnant, tua xD


Lagi sensasi ada media. Siap ada kamera buatan sendiri. 




Minggu 6, 7 & 8
Pertandingan Semarak Semangat Patriotik, props kompeni kitorang paling simple, tirai pun takda. PA system lagi la, rasa macam nak nangis. Dah fikir kalah dah. But still, Johan! 






Moving on to, 

Program Integrasi

Macam boring, tapi first day tu kitorang macam rewind balik masa kecik dulu main ceper, ketinting, congkak, sepak bulu ayam, etc. BEST. Too bad takda gambar. Photographer syok sangat kot main.

Then, 
Nasyid

Aku join sebab aku nak menyelit. Hobi aku kat sana memang jadi penyibuk pun seriously. Hahaha.





Menembak

Mehhh, bolehlah. Gambar tak jumpa. Hati si photographer ditembak mungkin ;)

Minggu 9 & 10
Busy weeks!! Ye lah, sikit je lagi then pack up the bags and leave. Minggu-minggu last ni la aktiviti mencabar. Stress jugak ekceli.

Tali tinggi a.k.a flying fox 

Awal tu confident gila, tak naik atas lagi dah buat muka bajet. Then dah nak turn aku, amek kaaau, siap sebut nama mak lagi.



Sempat lagi practice war cry

Dorm bising sebab dorang
War cry

Dalam bahasa melayu, aku pun tak tau. Laungan sebelum bertempur...? Semua memang sehabis boleh jerit. I love the spirit :)

Karnival Sukan
Tema maskot social network. Pergh kalau dapat maskot instagram lagi best. Kompeni kitorang dapat buat whatsapp, memang payah. But everyone worked hard. Semangat kompeni tu memang ada. Eventhough ada la sikit semangat assabiah a.k.a semangat ke-kompeni-an yang boleh buat gaduh, perang dingin.


Wirajaya a.k.a masuk hutan
Kitorang dapat jugak ah merasa pakai bagpack celoreng. Aku dapat baru punya, bau kedai heheeee.


Sini la tempat merasa susah. Surau, as shown, kena tunggu turn nak solat. Ambik wuduk memang payah. Apaaa?!! Nak terkencing? Laagi merana, jamban dia takda flush. Korek tanah je, haa bau memang wangi.

Too bad, tak bermalam. Dah siap plan makan megi reramai la, tengok bintang la, cop tempat kat khemah sekali. Pergh cobaan.

Pertandingan Kawad Kaki

Bagi aku ni lah highlight, main function PLKN. Kompeni aku memang power, aku je kasi spoil. Lupa step lah kebenda lah. 
Ni pun tak jumpa gambar haih. Alhamdulillah both wira wirawati kompeni Bravo dapat naib johan. 

Keseluruhan pun dapat Naib Johan! Which is boleh bolehlah, walaupun maybe ada yang nak Johan ekceli, tapi takpa. Rezeki masing-masing..
PENUTUPAN

Faster than the wind, that is, time. 2 bulan je kan, hek eleh, tapi banyaaaak sangat aktiviti kat kem. Pejam celik pejam celik, ui mak hang, dah minggu 5. Pejam celik lagi, minggu 10, dah naik bas nak balik Kajang dah.

Kalau KJ/Jurulatih marah mesti cakap bengong. Overused word sampai takda makna dah kalau kena panggil bengong. So I came up with BBB, Bravo Bengong Bersaudara xD




My Triple Tiger Warriors (TTW)
Cik Paah kitewwww
A team, a family
Ketua kitorang Syahirah a.k.a Joe paling tegas, tapi kalau senyum memang melting ah hahaha. Then Mira Chee, budak satu sekolah beb dapat ketua platun. Aku krik krik gitu. Chien, mummy kitorang. Salmi 2 IC si comel yang kena panggil budak tadika haha.

Then, makanan pun not bad. Paling happy bila ada tempe, horlicks. Yang serve makanan mesti bagitau "eh meera nat, harini ada tempe!"

Nama aku pun kena tukar sebab ada 3 orang nama Mira kat kompeni tu. Mira Chee, Miera Bab & Meera Nat (aku). Macam-macam nama unik aku jumpa. Kajang, Sabah, Nipis, Panjang, Gee, Mek, Winter, Butter, Kek, fuih banyak lagi lah. 

Begitu lah kisahnya... Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, memang suka. 

I guess that's it for now. Banyak lagi cerita tapi panjang sangat, mesti bosan. I don't even know who has successfully made it until the end of this entry. Sekadar berkongsi kenangan sendiri. Thank you for reading! 

Thank you jugak for these pictures. Semua dari sumber lain. Photographer setia, Cikgu Iz, Cikgu Sham, Soleha & siapa-siapa lah!

p/s: Result SPM nak keluar..

Your annoying friend,
Meera

Comments