25 January 2014

Cubaan.

Matahari melaksanakan amanahnya, menyinari dan memberi kehangatan. Tetapi tugasnya terkadang tidak disukai. Kata mereka, "Panas!" Aneh, sang matahari, tidak hiraukan....masih bersinar. Cuma terkadang ia bersembunyi di balik awan kelabu. 

Shif kerja bertukar pula. Kali ini, awan melepaskan tanggungannya, menyirami tumbuhan, payung-payung pun dibuka. Adakalanya, ia lebat, boleh jadi hanya renyai-renyai. Rintihan yang kedengaran selalunya, "Aduh, hujan pulak." Sampai masa tertentu, dia akan berhenti membasahi bumi. Memberi peluang untuk sang matahari berbakti lagi. 

Sehingga sekarang, masih menjadi misteri, bila tugas mereka akan sepenuhnya dihargai...

No comments: